Kanta lekap dalam pilihan 7 warna
October 3, 2015

Bausch + Lomb baru-baru ini melancarkan Lacelle Jewel, kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang pertama seumpamanya di Asia.

Hasil integrasi teknologi terkini, Lacelle Jewel mempunyai rekaan kanta unik yang meningkatkan penglihatan melalui kanta lebih jelas.

Rekaan nipis kanta dengan ketebalan bahagian tengah hanya 0.078mm, membuatkan mata rasa lebih selesa. Bahan kanta dengan kandungan air sebanyak 38 peratus memberikan keselesaan terbaik selain meminimumkan penambahan protein untuk keselesaan dan kebersihan pemakai kanta.

Rekaan Lacelle Jewel menggelap dan membesarkan iris untuk memaparkan mata yang lebih besar secara semula jadi. Mata kelihatan lebih asli kerana corak permata yang unik dan berwarna-warni nampak lebih mendalam dan bersinar.

Dengan teknologi terkini, siri Lacelle Jewel ialah kanta lekap berwarna yang datang dalam pilihan tujuh warna.

Antara warna yang ditawarkan ialah melanite black, topaz brown, crystal gray, amber brown, amethyst violet, sapphire blue dan peridot green.

Menurut Pengarah Urusan Bausch + Lomb, Singapura & Malaysia Jake Kim, siri terbaru Lacelle Jewel sangat menarik dan sesuai dengan gaya remaja hari ini kerana ia menyerlahkan mood riang kepada pemakainya tanpa melupakan faktor keselamatan dan keselesaan.

“Faktor estetik memang tidak syak lagi suatu aspek yang penting untuk pengguna kanta lekap berwarna justeru, kami tidak mengabaikan pertimbangan penting mengenai keselesaan memakai kanta lekap semasa penghasilan kanta lekap,” katanya pada acara pelancaran produk itu baru-baru ini.kanta1.jpg.transformed_0